Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

2 Perhimpunan hujung minggu, 1Malaysia 1Perak

Hujung minggu ni ada dua perhimpunan besar, satu di Kuala Lumpur, satu di Perak, 1Malaysia tuntut hapus ISA, 1Perak tuntut bubar DUN. Perhimpunan di KL menuntut keadilan melalui penghapusan ISA, manakala di Perak pula menuntut demokrasi dipulihkan dengan pembubaran DUN.
Bagi pemuda-pemuda negeri Perak, lepas kome seronok berdemo di KL tu, terus balik, esoknya jangan lupa hadir perhimpunan pemuda 1Perak, di Bagan Serai, jangan lupa pakai baju hitam, bendera hitam, semua hitam.





0 ulasan.

Baca dan fikir 1 (Zahid komen Tok Guru, teman komen Zahid)

Malas nak ulas panjang, paku dulang paku serepih..

KUALA LUMPUR 28 Julai - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata kesat atau memaki hamun pihak lain.

Katanya, Menteri Besar Kelantan itu seharusnya memberi contoh terbaik kepada ummah dan bukannya memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan kepada pihak lain.

"Nik Aziz juga tidak sepatutnya melabelkan mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengannya sebagai menyimpang dari perjuangan Islam sebenar.

"Ini kerana, Nik Aziz sendiri bukan seorang pejuang Islam sebenar dan tidak bersifat sempurna atau maksum seperti Nabi. Justeru, beliau tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

# Pejuang Islam tulin adalah mereka yang boleh berbincang dengan Ehud Barak, dan semua orang tak boleh tahu apa yang dibincangkan.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Nik Aziz yang menyebut ungkapan kurang sopan 'pergi jahanamlah UMNO' ketika diminta mengulas 'salam' kerjasama di antara UMNO dan Pas.

Semalam, Mursyidul Am Pas itu menjelaskan, 'salam' kerjasama yang dihulurkan sebelum ini adalah atas hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri yang tiada kaitan sama sekali dengan kesediaan membentuk kerjasama antara Pas dan UMNO.

Menurut Nik Aziz, beliau tetap dengan pendirian menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu, lebih baik lupakan sahaja hasrat tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Nik Aziz sendiri tidak pernah ikhlas untuk menjalin hubungan dengan mana-mana pihak sama ada kerajaan Pusat atau UMNO sendiri.

"Lupakan saja hasrat tersebut," ujarnya.

# Yang mike beriye beno pasal ape, kan ke UMNO yang menyorong pipi nak ngajak PAS berpadu dengan kome, takde udang sebalik batu ke. Tok Guru hanye mahu kerajaan pusat laksanakan tanggungjawab terhadap negeri kelantan, itu aje.

0 ulasan.

Penyerahan


Keyakinan kita jangan runtuh
Biar datang ombak musuh
Angin jahat berhimpun merempuh
Dengan aroma fitnah yang hanyir

Keyakinan kita adalah cinta
Kesejatian mengubah segala
Tanah bisa berubah emas
Hati yang keras bisa lembut

Kita bukan pengubah
Hanya sang penurut yang patuh
Menari di ruang sempit
kita masih mampu gembira

Kesempitan adalah bahagia
Dibalik tangis dan hiba
Keluasan adalah sengsara
Dibalik tertawa dan hilai

0 ulasan.

Sejarah falsafah

Posting kali ini adalah permulaan langkah menjejak akar banir falsafah, berilah apa gelaran sekalipun, samaada falsafah barat, falsafah timur atau falsafah Islam, jadi dari mana datangnya asal usul pemikiran mereka yang hari ini sudah berkembang dan seolah-olah tidak nampak ada penghujungnya. Kerana menurut kebanyakan orang termasuk sejarawan falsafah barat yang beranggapan falsafah itu bertitik tolak dari greek, benarkah telahan itu.? Bagaimana dengan tamadun terawal yang datang dari sebelah timur yang wujud lebih dahulu dari mereka?, Apakah tamadun-tamadun ini bebas falsafah.? insya Allah dalam selang-seli posting sejarah falsafah berikutnya saya akan cuba merungkaikan perkara ini dalam keterbatasan ilmu yang saya ada. Berat!... memang agak berat, hanya kepada allah saya mohon pertolongan, moga diperkuatkan akidah dan keimanan.

0 ulasan.

Demedim



Oraya gitme demedim mi sana,
seni yalnız ben tanırım demedim mi?
Demedim mi bu yokluk yurdunda hayat çeşmesi ben'im?

Bir gün kızsan bana,
alsan başını,
yüz bin yıllık yere gitsen,
dönüp kavuşacağın yer ben'im demedim mi?

Demedim mi şu görünene razı olma,
demedim mi sana yaraşır otağı kuran ben'im asıl,
onu süsleyen, bezeyen ben'im demedim mi?

Ben bir denizim demedim mi sana?
Sen bir balıksın demedim mi?
Demedim mi o kuru yerlere gitme sakın,
senin duru denizin ben'im demedim mi?

Kuşlar gibi tuzağa gitme demedim mi?
Demedim mi senin uçmanı sağlayan ben'im,
senin kolun kanadın ben'im demedim mi?

Demedim mi yolunu vururlar senin,
demedim mi soğuturlar seni.
Oysa senin ateşin ben'im,
sıcaklığın ben'im demedim mi?

Türlü şeyler derler sana demedim mi?
Kötü huylar edinirsin demedim mi?
Ölmezlik kaynağını kaybedersin demedim mi?
Yani beni kaybedersin demedim mi?

Söyle, bunları sana hep demedim mi?



Maulana Jalaluddin Rumi

0 ulasan.