2 Perhimpunan hujung minggu, 1Malaysia 1Perak
Hujung minggu ni ada dua perhimpunan besar, satu di Kuala Lumpur, satu di Perak, 1Malaysia tuntut hapus ISA, 1Perak tuntut bubar DUN. Perhimpunan di KL menuntut keadilan melalui penghapusan ISA, manakala di Perak pula menuntut demokrasi dipulihkan dengan pembubaran DUN.
Bagi pemuda-pemuda negeri Perak, lepas kome seronok berdemo di KL tu, terus balik, esoknya jangan lupa hadir perhimpunan pemuda 1Perak, di Bagan Serai, jangan lupa pakai baju hitam, bendera hitam, semua hitam.
Posted on
Khamis, 30 Julai 2009
under
pemuda pas perak,
politik.
0
ulasan.
Liqa fikri pemuda PAS Perak
Sempat mendengar ucapan sulung dan tawjihat dari Pesuruhjaya negeri yang baru, pemuda mesti ada ikhlas, punya keberanian dan bertindak bijaksana katanya, negeri tercinta yang diperkosa ini mesti kita selamatkan, jika benar tafsiran mimpi yang berawang-awangan itu, DUN Perak akan bubar dalam tempoh terdekat, aku tak dapat memastikan, cuma itu harapan aku, pemuda dan semua yang mahukan hak mereka dikembalikan.
Cuma terakhirnya aku berharap Pemuda negeri perak dapat bergerak dengan penuh bijaksana, yang dulu pernah berdiri di negeri atas angin sekarang sudah turun ke negeri bawah angin, suasananya berbeza, disana jalannya satu, penempuhnya terbilang, habuannya mengunung, disini jalannya banyak, penempuhnya rencam, habuan segenggam.
Boleh tengok gambar-gambar program semalam dalam blog ajijoi
Posted on
Jumaat, 3 Julai 2009
under
pemuda pas perak,
perak,
politik.
0
ulasan.