Hello and welcome to beautiful Template.

Latest Writings

Godaan Javid Nama

Javid Nama, sebuah magnum opus Muhammad Iqbal, telah mempersona saya untuk menekuninya lebih lanjut, Iqbal seorang filosof adalah juga seorang penyair besar yang berasal dari benua kecil India, beliau juga seorang pejuang kemerdekaan yang menuntut wujudnya sebuah negara Islam yang merdeka dari British di India, itulah hari ini negara yang dikenali sebagai Pakistan.

Beliau saya anggap setanding ustaz Said Nursi yang saya kenal lebih awal dengan Rasail nurnya, kedua mereka adalah dua diri yang berbeza dari dua benua yang berbeza dan kedua-duanya telah mencapai tahap "self determination" dalam mempersembahkan idea masing-masing. Semoga roh-roh mereka akan terus mendoakan seluruh kita yang mahukan kebenaran dan hak, dan itulah yang mereka gerakkan sewaktu hayat mereka, dan begitu juga doa-doa kita untuk mereka.


Apa yang membuat saya begitu tertarik dengan Javad Nama, adalah setelah membaca latar dari magnum opus itu yang menceritakan pengalaman spiritual penulisnya dengan maulana Rumi yang telah meninggal ratusan tahu lebih awal, sedang maulana Rumi sudah saya miliki beberapa kitabnya, cuma saya belum memiliki Masnawinya sekalipun pernah membacanya.

Setelah ustaz Nursi saya kenali bersama maulana Rumi, kini Iqbal dengan Javid Nama akan menjadi sasaran saya seterusnya, terima kasih pada blogger-blogger dan seniman-seniman yang memperkenalkan saya dengan Javid Nama tak lupa pada Nik bin Jidan, Javid Nama bukan milik seniman semata-mata, kerana ia bukan sekadar seni.

0 Comments to “Godaan Javid Nama”