Manek Urai yang mengejutkan
Agak terkejut juga saya dibuatnya, bile mendapat berita awal PAS kalah tipis, tapi akhirnya menang tipis, apapun dengan keputusan semalam, kita tetap bersyukur, Allah masih sayangkan kita, dibaginya kita peringatan, mungkin ada lompong-lompong yang perlu kita baiki disana-sini, sebelum kita melangkah dengan jayanya, sejak dari kemenangan kita pada PRU 12, kita seolah-olah begitu yakin dengan kekuatan kita, dan sering memperlekeh kekuatan musuh, ambillah apa yang berlaku di Manek Urai ini sebagai pengajaran.
Postmortem dari Manek Urai perlu dibuat segera, pakar-pakar strategi PAS perlu berganding bahu, mencari punca masaalah dan cara penyelesaian, masaalah di Manek Urai tidak boleh di anggap masaalah setempat, ia perlu dilihat sebagai masaalah penerimaan orang melayu terhadap Pakatan Rakyat, jika trend ini berterusan, tidak mustahil kita akan kehilangan Kedah dan beberapa kerusi yang kita menangi di Perak, lalu bagaimana dengan tuntutan kita untuk mengadakan pilihan raya semula di Perak?, jika ia berlaku, adakah kita bersedia?, inilah soalan-soalan yang mesti dijawab oleh seluruh ahli PAS dan PR di negeri Perak.
Seluruh kekuatan kita di Perak mesti dikumpul, idea-idea perlu dikupas, bagaimana untuk kita menembusi kubu-kubu UMNO di sini, apa caranya, strategi mesti bermula dari UPU - DUN - Negeri, bukan dari Negeri - DUN - UPU, setiap UPU perlu ada pengalisis dari anak tempatan yang memahami trend pengundi di UPU tersebut, setiap UPU tidak boleh dianggap sama corak pemikiran penduduknya, cara penyampaian maklumat dan penerangan perlu berbeza. Bagaimana pula dengan pengundi muda?, terutama pemuda melayu, untuk memastikan masa depan Pakatan Rakyat terus cerah, kita perlukan sokongan sekurang-kurang 70% dari golongan ini.
Pemuda-pemuda di negeri Perak perlu melihat apa yang berlaku di Manek Urai sebagai ukuran sebenar kita di mata orang melayu Islam, disamping mengukuhkan hubungan sesama rakan dalam PR dari DAP dan PKR, kita perlu ada kekuatan sendiri, kekuatan PAS perlu bermula dengan sokongan pengundi-pengundi Melayu, kita tidak boleh menumpah tuah dari DAP semata-mata, rancanglah dengan berkesan, adakan mesyuarat bersama teruatama antara pemuda PAS dan PKR di semua kawasan, sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Saya lebih suka melihat kekalahan ini sebagai berpunca dari faktor dalaman kita, di samping tidak menafikan faktor musuh yang mengunakan pelbagai cara, seperti sogokan, janji-jani manis, penipuan dan sebagainya, kerana melihat kemenangan di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, lalu apakah yang berlaku di Manek Urai dengan jumlah pengundi 99% melayu, boleh dianggap sebagai ukuran sebenar sokongan terhadap kita.

Posted on Selasa, 14 Julai 2009 under politik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Comments to “Manek Urai yang mengejutkan”
Catat Ulasan